Testimonial

HGH MEMBANTU MASALAH KEGEMUKAN.  (19/09/2005)

Keberkesanan HGH

Melangsingkan tubuh

HGH melakukan apa yang cara menguruskan badan yang lain tidak dapat lakukan, ianya membentuk semula tubuh seperti mana yang anda inginkan, melenyapkan lemak dan membina otot. Yang paling menarik, ianya dapat mengurangkan lemak pada perut yang selalunya sukar untuk dihilangkan dan turut berkaitan dengan peningkatan risiko untuk sakit jantung dan kencing manis.

Di dalam satu kajian oleh Dr Daniel Rudman, ujikaji yang dijalankan ke atas 26 orang yang berumur antara 60 dan 81 tahun yang di berikan rawatan menggunakan HGH di dapati bahawa berlakunya pengurangan lemak sebanyak 14.4% dan penambahan jisim otot sebanyak 8.8% tanpa senaman dan pengawalan pemakanan. Direkodkan juga penambahan kepaduan tulang sebanyak 1.6% sementara hati dan limpa membesar sebanyak 19% dan 17% setiapnya.. Defisiensi hormon tumbesaran pada orang dewasa dan kesan rawatan hormon tumbesaran : satu kajian. Jurnal Klinikal Endokrinologi and Metabolisma, 83(2), pl382.

Sementara kajian oleh Dr David Clemmons dari Universiti North Carolina pula menunjukkan bahawa HGH apabila digandingkan dengan pengawalan pemakanan akan meningkatkan keberkesanan menguruskan badan dengan tambahan 25%.

Mengawal kegemukan

Gemuk bukanlah satu cara hidup yang sihat. Ia bakal menyebabkan pelbagai jenis penyakit spt kencing manis, sakit jantung sehinggakan mungkin mengakibatkan penyakit kanser. HGH merupakan penyelesaian bukan sahaja untuk mengurangkan lemak badan malah turut dapat menyelesaikan masalah yang berkait dengan kegemukan.

Kajian dilakukan pada tahun 1997 oleh sekumpulan penyelidik dari Sweden di ketuai oleh Johannson dan Bengtsson di Hospital Universiti Salgrenska melibatkan 30 orang pesakit berumur antara 48 dan 66 tahun. Kumpulan yang diberikan rawatan HGH bukan sahaja kehilangan berat badan dengan ketara ( kumpulan placebo didapati menunjukkan penambahan berat badan), mereka turut mempunyai metabolisma gula yang lebih baik, tekanan darah yang terkawal, penurunan jumlah kolesterol dan triglyserida di mana LDL ( kolesterol jahat) berkurangan sementara HDL(kolesterol baik) bertambah.